Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) 5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
2. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
3. Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
4. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
5. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Commis
Bakers’
Pastry Cook
Usahawan
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) 5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali 7. Calon Perempuan Sahaja |
---|---|
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS Program Terapi Kecantikan dan Spa adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan: 1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa. 2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan. 3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan. 4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan. 5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan. PROSPEK KERJA Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut : Perunding Imej Juruterapi Kecantikan Juruterapi Estetik Jurusolek Pensyarah Kecantikan Pengurus Freelancer Usahawan |
---|
Syarat Kemasukan Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran) | 1. Warganegara Malaysia 2. Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2) 3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran) 4. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Sijil Khas Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar berkeperluan pendidikan khas mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang pastri. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin antaranya Asas Roti, Produk Asas Pastri, Pengurusan Diri, Laminated Dough, Asas Kek, Artisan Bread, Continental Cake, Asas Coklat, Asas Hiasan Kek, Quick Bread dan Dessert. Pelajar juga wajib mengambil kursus Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum dan Asas Keusahawanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir dalam usahan memberi pendedahan kepada dunia kerjaya yang sebenar.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Commis
Bakery Assistant
Homebakers
Usahawan
Pengambilan pelajar baharu, boleh memohon melalui online http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hadir terus ke Kolej Komuniti Bayan Baru @ hubungi 04-646 0011
Tiada tawaran sebutharga buat masa ini.
Aktiviti / Program