PENGENALAN

Kolej Komuniti Bayan Baru telah memulakan operasi sebagai salah satu institusi TVET pada tahun 2002 bertempat di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dengan menawarkan Program Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan Sijil Teknologi Elektrik.

Pada tahun 2013, Kolej Komuniti Bayan Baru dengan rasminya telah memulakan operasi di kampus tetap di Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan menawarkan Program Sijil Pastri, Sijil Asas Pastri dan Sijil Terapi Kecantikan & Spa untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Kolej Komuniti bayan baru juga menawarkan kursus jangka pendek kepada komuniti sebagai satu usaha membangunkan komuniti yang lebih dinamik melalui kursus-kursus yang disediakan.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan telah disediakan di Kolej Komuniti Bayan Baru dalam usaha memastikan institusi TVET ini beroperasi dengan sempurna. Kolej Komuniti Bayan Baru
juga telah mencapai kejayaan dalam pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul, Kolej Komuniti Bayan Baru menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf, memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang dan memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.